
"Weyh, Rahim dah takde."
"Rahim? Mitst ke? Kelas amir?"
"Haah, eksiden moto."
"Weyh, Rahim.. biar betul? Aku tak sempat cakap lagi aku suka kat dia."
"Masss...ko ni. Sempat ajeee.."
Aku pernah cerita tak Mas ni gedik sebelum ni?
"Aku bukanlah bes pren sangat dengan arwah, tapi aku dapat rasa apa yang Luqman San rasa bila Abrar Bakri pergi."
Ok ok, sangat tak sesuai sebarang mood kelakar sekarang ni. Dan Mas tu bukan topik kita. Muqadimah saja. Sila abaikan.
Rahim. Dapat je berita arwah pergi, terus hapdet kat moment, asefem, twitter. Facebook teringgal. Bila orang meninggal, kita kena sebar berita, supaya orang maklum, even mereka tak kenal pun si empunya badan. Agar ada yang mendoakan. Mungkin allah angkat doa salah seorang daripada para penembak ni. Siapa tahu?
Tapi, serius. Rasa macam mati sekejap bila dapat berita ni. Bayangkan..
Dulu arwah pernah je jatuh bangunan 4 tingkat. Alhamdulillah, allah bagi kesempatan. But now? It just.. speechless *tears*
Dulu arwah pernah je jatuh bangunan 4 tingkat. Alhamdulillah, allah bagi kesempatan. But now? It just.. speechless *tears*
People said..
"Jangan sedih. Setiap yang bernyawa pasti akan pergi. faham perasaan awak. Be strong okay. "
Itu yang aku takut. Sebab yang bernyawa pasti akan pergi. Dan kita. Kita lah tu yang masih bernyawa. Dan kita. Kita juga yang bakal pergi. Itu memang pasti. Masanya saja yang tidak diketahui.
Thats why rasa takut ni makin menebal dalam diri.
Allahu allah.
T.T
Sungguh aku lemah dengar berita ini.
Dan mati itu.. tidak mengenal usia.
Allah dah bagi contoh terdekat untuk kita ambil ibrah, pemergian sahabat kita. Sebaya. Satu sekolah. Satu kelas. Belajar subjek yang sama.
Kalau anda fikir, anda masih muda, dan mati itu lambat lagi, anda silap.
Kalau anda fikir, anda hafaz quran, anda tak mengulang, dan rasa boleh lepas azab kubur, anda silap.
Kalau anda fikir, cukuplah belajar agama kat sekolah, toksah nak sebar sebar dakwah kat luar dah, anda silap.
Kalau anda fikir, sempat lagi aku nak main main ni, lagho sekejap je, anda silap.
Dear, mati itu bila-bila.
Mati tak kenal siapa dan paras rupa.
Pernah dengar tentang tarbiyah? Boleh jadi sekarang allah sedang mentarbiyah kita. Allah tarbiyah kita melalui pemergian sahabat kita. Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang soleh. Pemergian arwah amat bermakna andai kita berjaya mencungkil ibrah darinya. Dan amalkan dalam kehidupan kita.
Sungguh, allah tak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
"Jangan nanges"
Beb, tak salah nanges. Nabi kata takpe nanges, asal jangan meratap. Did you know, air mata yang nanges menginsafi diri, mengingati allah, allah janji akan jauhkan dari neraka?
So, dont cry for nothing. Jadikan air mata keinsafan ni sebagai salah satu saham di akhirat kelak. Amalan sekecil zarah pun allah hitung, inikan pula sebutir air mata.
Bicara tentang amalan ni, lagilah rasa nak menangis. Dah tau mati itu mesti, janji allah itu pasti, tapi amalan...
Lu paham paham sendiri.
Amalan kita. Apa yang kita lakukan. Hanya kita dengan allah sahaja yang tahu. Serius.
Maybe orang pandang kita soleh solehah, hanya allah dan kita yang tahu kondisi hati kita ketika lakukan amalan itu bagaimana.
Allahu allah.
Harini, cukuplah dengan membaca basmalah, boleh zikrulmaut.
Bismillahirrahmanirrahim.
Alfatihah untuk arwah Abdul Rahim bin Abdul Samad.
-shera-
Kalau ada apa2 kesalahan atau kurang jelas dalam blog gue, tolong bagi feedback ye? Harap sangat perkara yang nak disampaikan tu sampai kepada uolls dan peringatan kita bersama.
*wiping tears and smile*
