![]() |
| Ke Syurga Kah Kita? :D |
Assalamualaikum.
Share sikit pepagi ni.. tadi buka Gallery nak tengok gambar. Tetibe rindu kat kawan-kawan. Rindu memang suka tiba-tiba eh? Okay abaikan. Then, terjumpa satu folder title "Ukhuwah". Bila open folder tu, baru teringat dedulu ada ask ramai orang tentang satu soalan..
Share sikit pepagi ni.. tadi buka Gallery nak tengok gambar. Tetibe rindu kat kawan-kawan. Rindu memang suka tiba-tiba eh? Okay abaikan. Then, terjumpa satu folder title "Ukhuwah". Bila open folder tu, baru teringat dedulu ada ask ramai orang tentang satu soalan..
"Pandangan anda tentang ukhuwahfillah?"
So, apalah gunanya screenshot bebanyak save kat Gallery sendiri, kan? Nak share dengan uolls apa pandangan orang lain tentang ukhuwah ni. Maybe pandangan mereka sama dengan kita. Maybe something yang never crossed our mind before this. Maybe... k. Teruskan membaca, eh? Senyum.
Sahabat yang pernah bersujud qiamullail di tepi kita.
-Luqman San
-Luqman San
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a. khadam kepada Rasulullah saw bersabda, Nabi saw : Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia mencintai dirinya sendiri.
-Farah
-Farah
"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam, adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh." Kata-kata Saidina Umar Al Khattab.
-El Wardah
-El Wardah
Ukhuwah ni ada 4 peringkat. Peringkat paling bawah husnudzon. Peringkat paling tinggi ithar iaitu melebihkan sahabat lebih dari diri kita sendiri. Bagi ana ukhuwah ni kena tengok guna mata hati sebab mata hati tak pernah menipu.
-Hanis Zainuddin
-Hanis Zainuddin
Kalimah persaudaraan (ukhuwah) yang ditambah dengan fillah sebagai taukid (penguat) kepada persaudaraan yang membawa maksud persaudaraan itu tidak selain kerana Allah.
-Ismail Isman.
-Ismail Isman.
Ukhuwahfillah, hubungan yang dimeterai dan diikat dengan 1 tujuan sahaja, iaitu Allah. Sebab itulah dinamakan fillah yang bermaksud kerana Allah.
-Banna
-Banna
Sesuatu yang apabila dapat merasainya, maka tidak boleh digambarkan dengan hanya kata-kata. Pandangan aku, best gila, jangan lepaskan ia.
-Hafiz Asyraf
-Hafiz Asyraf
Satu jalinan persahabatan yang bersifat kekal dan kukuh waktu dilanda tsunami. Tahu kenapa? Sebab persahabatan itu berlandaskan islam. Sebab persahabatan tu kerana Allah.
-Cik Meow
-Cik Meow
Mengeratkan hubungan persahabatan di antara satu dengan yang lain dan moga tali silaturrahim kekal hingga ke jannah, insyaAllah.
-Anis Pahang
-Anis Pahang
Pandangan? This might be hard. Something that is worth fight for.
-Icaad
-Icaad
Sangat gembira. Berbeza apabila kita berkawan dengan seseorang tu kerana Allah. Seolah-olah dia teman sejati kita.
-El Aiman
-El Aiman
Ukhuwah hingga ke syurga.
-Qee
-Qee
Takde yang lagi manis dari segala gula yang ada dalam dunia ni, melainkan kemanisan menikmati ukhuwahfillah.
-Syahmi Suhaidin
-Syahmi Suhaidin
Mereka-mereka yang mencintai kita tidak lebih daripaa mencintai Allah. Moto : Ukhuwah till Firdaus.
-Adamantium
-Adamantium
Bagi aku benda ni hanya boleh dipandang dengan mata hati. Bagi aku lah.
-Syukr
-Syukr
Pandangan saya ^^haha. Semuanya bermula dengan niat. Nawaitu itu penting.
-Akhi Zul
-Akhi Zul
Sesuatu ikatan dimana berkasih sayang lillah, bergurau senda lillah.
-Addin
-Addin
Orang yang tak ikhlas bersahabat jangan sebut ukhuwahfillah. Semuanya dusta belaka.
-Ladymeyrawandy
-Ladymeyrawandy
Pandangan bersinar-sinar. Makan pun kenyang. Tidur pun lena. Mandi pun basah. Hati pun tenang. Senyum sorang-sorang. Hebat penangan dia. Hm.
-Kerol
-Kerol
Sesuatu perkataan yang sanagt bermakna. Tetapi segunung makna perkataan itu kian menghilang. Hanya kerana sebutir pasir ketidakpercayaan antara persahabatan. Maka, peliharalah sahabat kita. Ececeh..
-Mujahid TEA
-Mujahid TEA
Lebih kurang ada 20 responden dalam ni. Ada beberapa lagi pandangan yang tak larat nak ditype dan tak sempat discreenshot. Rasanya dah memadai kut. Huhu.. apapepun. Anda evaluate lah sendiri. Perhaos anda ada pandangan yang nak disharekan? Ruangan komen tersedia untuk anda. Tafaddhol..
Oh ye.. lagi satu pandangan.
Ukhuwah itu tautan hati. Ukhuwah itu berpaksikan keimanan. Terdapat pelbagai rasa. Tak selalu manis, tak juga selalu pahit. Setiap perkara yang berlandaskan keimanan itu pasti akan diuji. Including ukhuwah. Aim : together to attain jannah.
-Shera
-Shera
Adios. Assalamualaikum.
