Assalamualaikum. Salam lebaran Eidul Fitri. Walaupun berbaki lagi satu hari. Takut tak sempat nak sampaikan salam lebaran pagi raya nanti. Huhu.
Alhamdulillah, alhamdulillah. All thanks to Allah. Bersyukur sangat sangat atas segala nikmat yang diterima harini dari bangun tidur sampai sekarang dan untuk yang lepas lepas ini.
Aku nak bercerita sikit boleh?
Pagi tadi ada exam, dan alhamdulillah berjalan dengan jayanya. Yelah dah malam kot sekarang, dah keluar exam tu kira dah berjalan dengan jayanya sampai ke rumah lah kan? Keh.
Ohye, nak cerita sikit pasal exam. Just my two cents, kalau kita nak fullmarks, kita akan dapat fullmarks. Kalau kita nak barakah, kita akan dapat barakah. Kalau kita nak ilmu, kita akan dapat ilmu. Nak ceritanya kat sini, bukanlah bermaksud kita perlu ada kemahuan sahaja, tetapi perlulah berserta dengan usaha. Yep, usaha dan goal yang jelas, tentang apa yang kita nak. Then, inshaallah kita akan dapat. Tapi sebenarnya, bila kita tahu apa yang kita nak, kalau tak dapat pun benda tu, kita tak patut rasa sedih or despair, sebab takkan Tuhan nak kecewakan kita setelah kita berusaha, kan? Maybe kita tak dapat apa yang kita nak, tapi Tuhan grant our wishes dengan cara yang Dia lebih tahu apa yang sesuai untuk kita. Klise, rite? Tapi itulah kenyataannya. Tengoklah kat pengalaman hidup memasing. Ekekeke..
Next, petang tadi alhamdulillah ada iftor dengan legendiyat. Alhamdulillah makanan sedap, takde yang lebih menggembirakan selain daripada makanan free yang sedap bersama insan yang tersayang. Ceh. Mencari kebersamaan dalam keramaian. Aku rasa aku jumpa kebersamaan tu dalam keramaian legendiyat ni. Alhamdulillah. Tatau nak catatkan macam mana perasaan tu. Ma'thurat, tazkirah, iftor, maghrib berjemaah, fotografi, makan lagi, terawih.
Nak cerita tang terawih tu. Sebab terawih yang terakhir kot. Maka kami ke Masjid Usamah yang terletak di Janubi. Alkisah, tempatnya jauh jugalah dari rumah. Tapi aku enjoy je langkah langkah nak ke masjid tu walaupun jauh dan penat. Rasa macam berjogging pun ada. Tapi seriuslah rasa best tu sebab ada banyak lampu warna warni kot, so aku jadi eksaited. Kakakaka.
Sesampai je kami di masjid, aku tatau kenapa, even imam malam ni bukan Ustaz Hamdan yang diorang selalu kata suara sedap apa semua tu, sebab malam ni imam arab je, tapi bacaan dia tu, mashaallah tenang sangat. Berbeza lah dengan sebelum ni aku solat kat Masjid Anas dan Masjid Ubaidah. Tataulah ketenangan tu datang dari suara imam yang lunak atau angin lembut yang bertiup sebab kami solat kat luar atau mungkin kerana ini malam terakhir ramadhan. Allahua'lam. Yang pasti ketenangan itu Tuhan yang nak bagi.
Bab yang paling mengesankan jiwa bila imam baca Surah Baqarah ayat 184. Ayat tentang bulan ramadhan ini turunnya AlQuran. Time tu rasa macam muhasabah sesangat tentang Quran waktu bulan ramadhan ni. Actually bukan Quran je, malah keseluruhan bulan ramadhan. Paling nak gugur air mata bila sampai doa qunut. Antara perkara yang aku suka dan eksaited dalam terawih, time bacaan doa qunut, dia punya feeling tu macam tak sabar sabar nak aminkan doa imam. Dan perasaan perasaan lain yang sukar untuk aku gambarkan dalam tulisan ni.
Sepanjang panjang ramadhan ni aku selalu terbaca kat status status facebook dan twitter tentang ramadhan. Antaranya, perkara yang paling menakutkan tentang ramadhan ialah bila kita tahu itu adalah dari kita sendiri bukan dari syaitan. Atau status, ramadhan dah nak pergi dah, sedihnyaaaa. Dan status status yang seumpama dengannya berkenaan ramadhan.
Bila fikir fikir balik, (aku memang banyak berfikir. Huhu.) Bukanlah suatu perkara yang menakutkan pun bila kita tahu kalau kita buat dosa atau kesalahan pada bulan ramadhan, even syaitan dah kena ikat, kita still buat something wrong sebab nafsu kita sendiri. Eh faham ke? Rasa ayat macam tak berkualiti. Eheh. Means, kita seolah olah macam nak salahkan syaitan pada bulan bulan lain sebab berjaya menggoda kita melakukan dosa. Sedangkan Allah berfirman, sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah. Kalau tipu daya syaitan itu lemah, dan kita boleh termakan dengan tipu dayanya, maka kita lebih lemah dari syaitan. Kita lemah daripada syaitan means, sebab kita mungkin jauh dari Tuhan Yang Maha Kuat. Dalam ayat yang lain Allah berfirman, fala talumuni walumu anfusakum, maksudnya, maka janganlah kamu menyalahkan aku, tetapi salahkanlah diri kamu sendiri. The point is, kalau dalam ramadhan ini pun kita gagal nak mengawal diri, bagaimana kita pada bulan bulan yang lain?
Seterusnya, perkara yang aku selalu terfikir fikirkan, kenapa kita perlu bersedih bila ramadhan pergi? Serius, aku tak faham kenapa. Tapi aku takdelah gembira pun syawal datang. Neither happy nor sad. Maybe this is my real virtue or what, i dont know what it is.
Tapi lepas terawih tadi, (sambung lagi fikir) memanglah kita sedih ramadhan pergi, bukan sahaja kerana bulan yang penuh barakah ni sudah tiba di penghujungnya, tetapi kerana kekurangan kita dalam memanfaatkan bulan AlQuran ini. Khatam AlQuran 30 juzuk itu khatam ayatnya atau maknanya? Terawih setiap malam itu suatu kebiasaan di bulan ramadhan atau kita benar benar memaknai ibadahnya? Cukuplah dua perkara ini untuk dikoreksi, terawih dan bacaan AlQuran. Ibadah ibadah yang lain tu boleh koreksi sendiri.
Kalaulah kita benar benar sedih, dan menyesali pemergian ramadhan kali ini, bukan kerana kita takut tak sampai pada ramadhan akan datang, tapi kerana kita menyesal tak manfaatkan ramadhan yang lalu, maka buktikanlah dengan terus beribadah kepada Tuhan di bulan bulan yang seterusnya.
Tuhan yang kita sembah dalam bulan Ramadhan ini adalah Tuhan yang sama yang ada pada bulan Syawal dan seterusnya.
Tak usah tunggu ramadhan akan datang untuk melakukan penambaikan, manfaatkan waktu waktu yang kita ada selepas ini untuk menjadi hamba yang rabbani.
Buktikan bahawa kita bukan hamba kepada Ramadhan!
Ramadhan terakhir 2015,
From Mafraq with love. 💝
