Saturday, 28 April 2018

Kecewa

Kenapa entah hari demi hari rasa makin berat. Perasaan makin pudar. Rasa semua yang berkaitan dengan ni sangat membebankan. Perbualan seakan terpaksa. Angin dingin mengisi ruang dan waktu. Tak segembira hari lalu.

Rindu sangat dengan waktu lama. Mungkin kah setelah enam bulan segalanya memang akan berubah? Aku atau dia yang makin menjauh? Adakah sunyi sepi hari ini gambaran penentu masa depan kita?

Perit yang ditanggung dari minggu lalu adakah bakal berlarutan di tahun yang akan datang? Sakit pilu jiwa memendam rasa, sampai bila? Lagi pula..

Kenapa kita kena sibukkan diri dengan hal kecil yang tidak memberi apa-apa sumbangan kepada diri sendiri? Waktu sering berlalu dan aku di sini masih begitu, tiada kemajuan masih kekal di takuk yang lama. Takut dengan yang baru masih selesa dengan yang sedia ada dan kerap mengungkit kisah lama.

Jangan begini, kawan 🙁

Things may come to those who wait, but only the things left by those who hustle.

Friday, 27 April 2018

Don't romanticize the past

وتاريخ هذه الأمة الإسلامية تاريخ مشرق سطرت فيه أروع التضحيات البشرية والملاحم التاريخية لنصرة دين الله وإعلاء شأن لا إله إلا الله عاليا في القلوب والعقول. ومن هذا التاريخ المشرق على المسلم أن يستمد العزيمة والإصرار وأن يسير إلى الأمام وأن يكون هذا التاريخ دافعا له نحو الأمام والتقدم والازدهار، لا أن يقف على أعتاب الماضي ويتغنى بالأمجاد والانتصارات، وهو بعيد عنها بكل ما تحتمله الكلمة من معنى.

Resepi lempeng sayur bujang 😂

1 cawan tepung
1 cawan air
1 biji telur
½ sudu makan gula
½ sudu makan garam
1 helai daun sawi, dihiris halus
¼ bawang holland, dipotong dadu
1 sudu makan minyak masak

1. Campurkan semua bahan di atas di dalam bekas dan gaul hingga sebati.
2. Panaskan non sticky pan, kemudian masukkan adunan dan ratakan.
3. Siap dan angkat. Kalau takde sambal, boleh makan dengan sos dan mayonis 😂.

Sekian resepi bujang. Boleh dapat lebih 4 keping juga lah dengan sukatan yang macam ni.🤔 Enjoy! 🍳

Patience is virtue

Aku ni bukan orang yang penyabar. Dah 22 tahun hidup ni rasanya banyak jugalah kerugian akibat perangai cepat hilang sabar ni. Dan sebab aku ni kurang sabar jugalah aku banyak menyendiri dan tak suka bergaul dengan orang lain. Bagi aku, manusia ni suka buat aku hilang sabar, padahal sebenarnya aku yang tak reti sabar.

Cuba lepas ni jangan terlalu cepat bagi reaksi, tenang dulu, fikir betul betul-betul sebelum menyesal dengan kata-kata sendiri, and then baru respon dengan sebaik-baik respon sebagai seorang manusia yang bertamadun.

Tuesday, 24 April 2018

Monday, 23 April 2018

Sentiasa tenang

Kenapalah suka letak diri sendiri dalam kecelakaan. I don't understand what I really want for myself.

Dalam membuat keputusan, ada dua hal yang perlu diberi perhatian. Istisyarah dan istikharah. Istisyarah dalam erti kata lainnya berbincang atau bermesyuarat dengan orang lain, tanya pendapat mereka pilihan mana yang lebih sesuai dan tepat dengan kita. Istikharah kita minta petunjuk dari Allah kerana dia lah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita lebih daripada diri kita sendiri.

Setelah membuat keputusan dengan bertanya pendapat orang dan meminta petunjuk dari Tuhan, terimalah kesan daripada keputusan kita tadi dengan hati yang terbuka dan sangka baik. Yakin lah pilihan ini adalah apa yang telah Tuhan tentukan atas kita. Baik dan buruk dari pilihan ini terkandung hikmah disebaliknya. Bersyukur lah atas kebaikan yang kita perolehi daripadanya dan bersabarlah dengan ujian yang datang dengannya.

Whatever doesn't kill you makes you stronger.

Monday, 9 April 2018

Pada waktunya


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ، قَالَ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ، عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ، قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَتَخَوَّلُنَا بِالْمَوْعِظَةِ فِي الأَيَّامِ، كَرَاهَةَ السَّآمَةِ عَلَيْنَا‏.‏
*klik link untuk terjemahan

Hadis ni menarik. Nabi pilih waktu-waktu tertentu untuk memberi tazkirah dan ceramah kepada para sahabat sebab takut mereka akan merasa bosan.

Begitulah dalam berkomunikasi dengan manusia. Perlu memilih kata-kata yang baik kemudian disampaikan dengan cara yang baik pada waktunya. Kalau kita main ikut sedap kita saja nak menyampaikan sesuatu kepada mereka, susah bagi mereka untuk terima. Lebih teruk lagi boleh merosakkan hubungan antara dua pihak jika berlakunya salah faham.

Aku rasa macam tengah tulis berita haha.

Ada sesetengah orang, mereka risau tentang keadaan kita, lalu setiap hari dia bertanya khabar. Bagaimana keadaan kita harini, apa yang kita rasa harini, apa yang kita makan, cukup ke duit, gembira ke tidak, ada masalah atau tak dan lain-lain lagi. Bila kita ada masalah dan mengadu kepada mereka, mereka memberi nasihat, ada yang beri tunjuk ajar, ada yang beri solusi, bagaimana untuk mengatasi dan sebagainya. Semuanya dilakukan atas dasar sayang dan risau, tiada masalah.

Tetapi..bayangkan kalau ditanya soalan yang sama setiap hari, dapat nasihat yang sama, tidakkah hati orang yang menerima merasa bosan kerana merasa seakan-akan dibebel?

Don't let your worries overcome you. Get rid of them and control your own emotions.

Adiós.

Sunday, 8 April 2018

Back to blogging

I'm here, Fella ✌️

Rasanya ni hari ke - 12 aku tinggal sakan ni. Moga moga masih punya kudrat untuk teruskan kehidupan sehingga akhir bulan Mei. Moga moga juga masih punya kekuatan untuk menuntut ilmu dan bersabar dengan kehidupan. Paling penting sekali, moga moga masih bernyawa dan tidak ditemui mati dalam kesunyian.