حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ، قَالَ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ، عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ، قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَتَخَوَّلُنَا بِالْمَوْعِظَةِ فِي الأَيَّامِ، كَرَاهَةَ السَّآمَةِ عَلَيْنَا.
*klik link untuk terjemahan
Hadis ni menarik. Nabi pilih waktu-waktu tertentu untuk memberi tazkirah dan ceramah kepada para sahabat sebab takut mereka akan merasa bosan.
Begitulah dalam berkomunikasi dengan manusia. Perlu memilih kata-kata yang baik kemudian disampaikan dengan cara yang baik pada waktunya. Kalau kita main ikut sedap kita saja nak menyampaikan sesuatu kepada mereka, susah bagi mereka untuk terima. Lebih teruk lagi boleh merosakkan hubungan antara dua pihak jika berlakunya salah faham.
Aku rasa macam tengah tulis berita haha.
Ada sesetengah orang, mereka risau tentang keadaan kita, lalu setiap hari dia bertanya khabar. Bagaimana keadaan kita harini, apa yang kita rasa harini, apa yang kita makan, cukup ke duit, gembira ke tidak, ada masalah atau tak dan lain-lain lagi. Bila kita ada masalah dan mengadu kepada mereka, mereka memberi nasihat, ada yang beri tunjuk ajar, ada yang beri solusi, bagaimana untuk mengatasi dan sebagainya. Semuanya dilakukan atas dasar sayang dan risau, tiada masalah.
Tetapi..bayangkan kalau ditanya soalan yang sama setiap hari, dapat nasihat yang sama, tidakkah hati orang yang menerima merasa bosan kerana merasa seakan-akan dibebel?
Don't let your worries overcome you. Get rid of them and control your own emotions.
Adiós.
No comments:
Post a Comment